Strategi Brand Awareness Rm1800 Sebulan

STRATEGI BRAND AWARENESS
STRATEGI BRAND AWARENESS

Beberapa bulan ni, saya banyak study player ads dalam & luar negara menyusun kempen mereka di pelbagai platform seperti FB ADs, Google ADs, Linked In ADs, Twitter ADs & Tik Tok ADs.

Salah satu platform yang menarik minat saya untuk mencuba ialah FB ADs.

Kemudian saya saya draft satu strategi FB ADs dan minta "Tikus Tikus Makmal" saya untuk mencuba dan sudah mula nampak hasilnya.

Owh! Dan "Tikus Tikus Makmal" ni ada yang ada Produk, dan ada yang ada Servis.

==========

Dalam pemasaran, kita nak mudahkan proses jualan.

Jika kita lihat, brand brand besar pasang billboard, bayar untuk masuk TV (kemudian acah terharu terpilih. Hahaha!), masuk suratkhabar, majalah, sticker di teksi & bas, Digital Billboatrd, menaja apa apa program, itu adalah Brand Awareness.

(FAKTA MENARIK! Tahukah anda! Korang boleh ada iklan korang di Digital Billboard di Times Square New York, USA serendah USD100? 😉 )

Kalau korang ada bajet besar, then go ahead. Kalau takde, then boleh guna cara yang saya dah belajar ni, RM1,800 jer sebulan.

OK! Dah ready nak belajar?

Say Yes! Yes! Yes! 😛

OMNIPRESENCE ADS STRATEGY

Objektif nya ialah,

  1. Nak bagi ramai orang tahu tentang KEWUJUDAN brand/produk korang.
  2. Memudahkan proses JUALAN. Tak kisah sama ada jualan sendiri atau reseller korang.
  3. Mengelakkan ADs Fatigue. Yer la, dok mengharapkan satu iklan jer pastu hentam ribu ribu.

Mindset kena betul. Fokus KEWUJUDAN. Kalau gelojoh nak SALES jer, korang akan KECEWA.

STRUKTUR IKLAN

  1. Buat SATU CAMPAIGN
  2. Dalam CAMPAIGN tu, buat 12 ADSET.
  3. Setiap ADSET ada 1 AD (Creative)

CAMPAIGN

  1. Pilih Objective AWARENESS kerana kita nak seramai mungkin orang nampak iklan kita.
  2. Pastikan Advantage Campaign Budget & A/B Test OFF.

ADSET

  1. Semua Adset mempunyai setting yang sama.
  2. Estimated Audience Size sekitar 50,000 - 100,000 sahaja. Jangan kurang & jangan lebih.
  3. Pilih lokasi "People Living In This Location".
  4. Pilih interest berdasarkan niche korang.
  5. Placements : Pilih manual dan DESELECT Audience Network, In-stream, Search, In-article, Messages, Apps & sites
  6. Advantage Custom Audience : DESELECT pasal kalau select, akan 'lari' dari item 2.
  7. PENTING! Untuk Frequency Cap, letak 1 impression every 6 days. Ini bermaksud seseorang hanya akan nampak satu iklan tu sekali jer dalam masa 6 hari. Pasal tu korang ada 12 ADs. Ini dapat mengurangkan ADS FATIGUE. Takde la audience korang bosan asyik hadap iklan yang sama jer.
  8. Semua ADSET hanya letak bajet RM5 sehari untuk permulaan.

So, kena pandai 'adjust' item 3,4 & 5 untuk capai Estimated Audience Size di item 2.

"Boleh tak kalau lebih Audience 100k?"

  • Boleh jer tapi lain game dia. Ni bagi lepas yang basic dulu. Kalau betul buat, akan dapat hasilnya.

ADS

Setiap ADSET ada 1 AD. So ada 12 ADs/Iklan. Bahagikan kepada 4 jenis iklan.

  1. VALUE : Memberi nilai kepada audience. Contoh, citer kencing manis. Buat la posting tentang Tips Kencing Manis. Inforgrafik pun boleh. Atau tarik ke BLOG. CTA takde menjual apa apa just letak link ke 'Kedai Online' korang je.
  2. DEMO : Tunjuk bagaimana nak guna produk tu. Contoh bekas makanan kucing automatik. Tunjuk la dari buka makanan, tuang dalam bekas dan set setiap berapa jam makanan tu keluar. CTA takde menjual apa apa just letak link ke 'Kedai Online' korang je.
  3. TESTIMONIAL : Tunjuk testimoni mereka yang dah guna produk korang. Elakkan citer "Dulu aku miskin" tapi tunjukkan apa masalah spefisik yang dia dah berjaya selesaikan dengan menggunakan produk korang. CTA takde menjual apa apa just letak link ke 'Kedai Online' korang je.
  4. CTA : Hardsell! Cerita pasal OFFER dan kalau boleh recap item 1,2 &3. CTA dia direct menjual dalam ada urgency.

"Nak buat video ke gambar, Uncle?"

  • Jangan letak gambar saya. Hahaha! Buat variasi Gambar & Video. Means ada iklan gambar, ada iklan video jer.

PECAHAN IKLAN

Jika lihat dari gambarajah...

VALUE : 3 Iklan

DEMO : 3 Iklan

TESTIMONIAL : 4 Iklan

CTA : 2 Iklan

Jumlah Iklan : 12 Iklan(s)

BAJET IKLAN

12 ADset x RM5 sehari = RM60 sehari

RM60 x 30 hari = RM1,800 sebulan

"Boleh tak kalau saya buat 8-10 Iklan jer? Bajet takde le"

  • Kenapa tak boleh? aya tak suruh korang pegi gadai emas pun. Just be creative!

SUMMARY

Bayangkan dengan bajet sebanyak ini dan Objektif Awareness,

  1. Berapa ratus ribu manusia akan nampak iklan korang?
  2. Tak bosan audience hanya tengok iklan sama jer. Tu yang buat diorang "HIDE".
  3. Baru la nampak 'acah bairel' iklan sana sini.
  4. Bila dah mula nampak hasil, boleh perbanyakkan IKLAN CTA.
  5. Dah kaya dengan Strategi ni, cari seseorang yang bernama Amiruddin Ahmad dan belanja dia makan.

FASA SCALE UP

Fasa 1 : Run dulu 12 nih
Fasa 2 : Tambah CTA guna Retargetting.
Yang Fasa 1 takde retargetting pasal baru start. Pasal tu summarize item 1, 2 & 3.
Fasa 2 ni biasanya lepas sebulan camtu.

CASE STUDY / TESTIMONI

  1. Salah sorang yang baca posting ni dan terus buat.

  1. Aiman Abd Rahman

a. Memang terbukti menjadi Strategi Kempen Iklan ni, sangat bagus untuk naikkan trust audience.

b. FEBRUARY - tak jalan langsung Kempen Awareness, Conversion Rate 6.82%
c. MARCH - baru start jalan Kempen Awareness, Conversion Rate naik jadi 8.45%
d. APRIL - maintain Kempen Awareness yang sama, Conversion Rate naik lagi 9.70%

Salespage yang sama, flow yang sama. Selalu bila nak naikkan Conversion Rate, asyik-asyik adjust Salespage. Sedangkan tak perlu ubah Salespage pun, tambah Kempen Awareness je Conversion Rate boleh naik. 


  1. Update! Selepas 3 minggu, saya mula dapat hasil...
  • Ada yang beli produk kami RM129
  • Ada yang beli produk kami RM5k++
  • Ada yang leads masuk melalui wassap.
  • 1, 2 & 3 jadi sangat mudah untuk 'closing' kerana mereka 'nampak' iklan berlainan di merata tempat.
    Cukup sebulan saya akan mula scale ke audiens yang lebih besar.
    Alhamdulillah! Burrrrpppp!

  1. Hasil buat strategi ni membuahkan hasil yang memberansangkan!

Credit: Amiruddin Ahmad (Uncle Tiger)
Anda boleh tengok kat facebook beliau, kalau ada jual kelas belilah support.

FAQ

Adakah semua adset itu mesti sama locationnya?

Semua Adset mempunyai setting yang sama.

kalau kedai makan pun sesuai kan?

Sesuai sangat.